Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Buku teks SMPC berkiblatkan China

Adnan Seman 2
Adnan Seman

KUALA LUMPUR 1 April – Buku teks mata pelajaran Sejarah di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tidak menyen­tuh tentang kegemi­langan kerajaan Melayu Melaka dalam pentadbiran dan perdagangan tetapi lebih menonjolkan kewujudan hu­bungannya dengan pengaruh Dinasti Ming.

Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dr. Saleeh Rahamad berkata, selain itu, buku teks SMPC Mene­ngah Atas pula hanya menyentuh sedikit sahaja topik tentang pembelajaran sejarah Malaysia yang dirangkumkan dalam tajuk Malaysia dan Negara-Negara Jiran.

Katanya, lain pula untuk sejarah negara China yang mana terdapat sebuah buku khusus menerangkan sejarah negara tersebut secara terperinci.

“Secara sinisnya bolehlah dikatakan bahawa SMPC mendidik semua pelajarnya melalui UEC berkiblatkan sejarah dan nilai-nilai negara China dan bukan nilai-nilai Malaysia.

“Selain itu, bahan pendi­dikan SMPC mengandungi banyak fakta yang salah, tidak tepat dan menggunakan bahasa Me­layu yang tidak betul. Seperti contoh, solat untuk umat Islam digambarkan tidak tepat apabila menyatakan bilangan solat dalam sehari sebanyak enam waktu, dengan mengambil kira solat Jumaat. Solat Jumaat dikatakan dilaksanakan selepas tengah hari,” katanya.

Beliau berkata ketika menjadi panel dalam Sidang Meja Bulat Kontroversi Sijil UEC anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali. Dalam pada itu, Peguamcara dan Peguambela Tetuan Adnan Sharida & Associates, Adnan Seman berkata, Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang menyediakan silibus pembelajaran UEC bukanlah sebuah badan yang diiktiraf keupayaannya untuk menyediakan sistem pembelajaran seperti mana Lembaga Pe­periksaan.

Justeru, katanya kerajaan tidak sewajarnya mende­ngar tuntutan Dong Zong kerana UEC tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Negara yang bukan sahaja memberi penekanan kepada aspek pembelajaran tetapi melahirkan negara bangsa yang patriotik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain