Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, taklimat itu dapat membantu pelajar memperoleh maklumat yang tepat dan lengkap mengenai peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET.

“Paling penting, taklimat itu dapat membuka minda pelajar mengenai kepentingan bidang TVET dalam melahirkan tenaga kerja mahir pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi e-mel baru-baru ini.

Taklimat itu disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan, Jabatan Teknikal dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia, Sahanusi Ahmad dan Pengarah Kolej Vokasional Gombak, Nohana Mustapha.

Program taklimat khas itu melibatkan 250 pelajar tingkatan 3 sekolah-sekolah angkat YPC.

Dalam taklimat itu, peserta mendapat maklumat berkaitan prosedur permohonan, tempat belajar dan kursus-kursus yang ditawarkan.