Rata-rata daripada mereka yang ditemui pada perasmian penutup majlis tersebut hari ini berharap inisiatif yang digerakkan Utusan Malaysia itu dapat diteruskan pada tahun akan datang demi meningkatkan penguasaan dan kemahiran ilmu Al-Quran dalam kalangan generasi baharu.

Salah seorang yang ditemui, Azizan Hashim berkata, dia sememangnya tercari-cari mana-mana institusi yang menawarkan kursus atau kem ilmiah berkonsepkan pengukuhan sahsiah berteraskan Al-Quran dan pada masa yang sama tidak mengenakan syarat yang agak sukar untuk mengikuti program ditawarkan.

Menurutnya, sebaik sahaja mendapat maklumat Utusan Malaysia menganjurkan kem tersebut dan pada masa yang sama hanya mengenakan syarat kelulusan Mumtaz, dia segera mendaftarkan anaknya Ahmad Naufal mengikuti kem tersebut.

Malah, katanya, dia sanggup datang ke Darul Quran Ampang Pecah, di sini, bagi membolehkan anaknya menyertai kem tersebut demi memperoleh manfaat daripada penganjuran program itu.

“Sebelum ini saya sudah mencari mana-mana organisasi yang menawarkan program seumpama ini, memang banyak tetapi mengenakan syarat yang agak ketat dan tidak ramai yang menerima kanak-kanak untuk program seperti ini.

“Saya berterima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memahami dan menyedari keperluan ibu bapa dalam bidang penguasaan dan pengukuhan Al-Quran ini, tidak semua sebenarnya yang memahami keperluan dalam bidang ini,’’ katanya ketika ditemui pada majlis Perasmian Penutup Kem Remaja Generasi Al-Quran dekat Kuala Kubu Bharu baru-baru ini.

Majlis disempurnakan Pengarah Darul Quran, Dr. Nordin Ahmad dan turut dihadiri Pengurus Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Seramai 20 peserta terdiri 16 lelaki dan empat perempuan berusia 9 hingga 12 tahun menyertai program perintis itu yang digerakkan oleh 32 tenaga kerja dan fasilitator iaitu pelajar Diploma Pengajian Islam Darul Quran.

Sepanjang empat hari kem berlangsung, perserta mengikuti pelbagai aktiviti riadah, sesi suai kenal, menonton video dan praktikal solat fardu.

Terdahulu pada majlis itu, Muhammad Aydin Shahrul Hisham yang juga peserta termuda kem terpilih sebagai peserta terbaik lelaki kerana kewibaan dan kesungguhannya mengikuti setiap program walaupun hanya berusia 9 tahun.

Manakala murid tahun 6 Sekolah Rendah Agama Hajah Fatimah Klang, Syahirah Mohd, Zaki dinobatkan peserta perempuan terbaik kem itu.

Malah, menurut Azizan, bimbingan yang diberikan kepada murid pada kem itu tidak hanya berakhir di situ sebaliknya rutin dan aktiviti sepanjang kem berlangsung diteruskan oleh peserta di rumah.

“Setiap peserta diberikan buku log yang mencatatkan aktiviti bacaan Ql-Quran, solat dan qiamualail yang diamalkan bermula di Darul Quran dan seterusnya bersambung di rumah selepas peserta balik ke rumah selepas tamat kem.

“Di sinilah, peranan kami sebagai ibu bapa untuk memastikan anak-anak dapat menyambung buku log yang diberikan ini,’’ katanya.

Sementara itu menurut Nordin, pihaknya menghargai inisiatif pihak Utusan Malaysia dalam menjayakan penganjuran Kem Remaja Generasi Al-Quran bagi memartabatkan penguasaan bidang Al-Quran dalam kalangan generasi muda hari ini.

Menurutnya, usaha tersebut penting dilakukan secara berterusan oleh semua pihak dan tidak semata-mata institusi agama demi memastikan matlamat memperkasakan bidang Al-Quran mencapai objektifnya.

“Atas sebab itu juga, kita mahu ibu bapa turut memainkan peranan mereka dalam menjayakan matlamat ini dan bagi tujuan itu juga, kita mengedarkan buku log setiap peserta bagi membolehkan aktiviti yang dipraktikan di kem akan sama diamalkan oleh setiap peserta selepas mereka balik ke rumah,’’ ujarnya.

Ibu bapa peserta yang mengikuti Kem Remaja Generasi Al-Quran anjuran Unit Pendidikan Utusan Malaysia dengan kerjasama Darul Quran Jakim memuji usaha Utusan Malaysia menganjurkan program yang julung kali diadakan pada tahun ini.

Rata-rata daripada mereka yang ditemui pada perasmian penutup majlis tersebut baru-baru ini berharap inisiatif yang dige­rakkan Utusan Malaysia itu dapat diteruskan pada tahun akan datang demi meningkatkan penguasaan dan kemahiran ilmu Al-Quran dalam kalangan generasi baharu.

Salah seorang yang ditemui, Azizan Hashim berkata, dia sememangnya mencari institusi yang menawarkan kursus atau kem ilmiah berkonsepkan pengukuhan sahsiah berteraskan Al-Quran dan pada masa yang sama tidak mengenakan syarat yang ketat untuk mengikuti program ditawarkan.

Menurutnya, sebaik sahaja mendapat maklumat Utusan Malaysia menganjurkan kem tersebut dan pada masa yang sama hanya mengenakan syarat kelulusan Mumtaz, dia segera mendaftarkan anaknya Ahmad Naufal mengikuti kem tersebut.

Malah, katanya, dia sanggup datang dari Perak ke Darul Quran Ampang Pecah, di sini, bagi membolehkan anaknya menyertai kem tersebut demi memperoleh manfaat daripada penganjuran program itu.

“Sebelum ini banyak organisasi yang menawarkan program seumpama ini, namun mengenakan syarat yang agak ketat dan tidak ramai yang menerima kanak-kanak untuk program seperti ini.

“Saya berterima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memahami dan menyedari keperluan ibu bapa dalam bidang penguasaan dan pengukuhan Al-Quran ini, tidak semua sebenarnya yang memahami keperluan dalam bidang ini,’’ katanya ketika ditemui pada majlis Perasmian Penutup Kem Remaja Tutor Generasi Al-Quran dekat Ampang Pecah baru-baru ini.

Majlis disempurnakan Pengarah Darul Quran, Dr. Nordin Ahmad dan turut dihadiri Pengurus Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Seramai 20 peserta terdiri 16 lelaki dan empat perempuan berusia 9 hingga 12 tahun menyertai program perintis itu yang digerakkan oleh 32 tenaga kerja dan fasilitator iaitu pelajar Diploma Pengajian Islam Darul Quran.

Terdahulu pada majlis itu, Muhammad Aydin Shahrul Hisham yang juga peserta termuda kem terpilih sebagai peserta terbaik lelaki kerana kewibaan dan kesungguhannya mengikuti setiap program walaupun hanya berusia 9 tahun.

Manakala murid tahun 6 Sekolah Rendah Agama Hajah Fatimah Klang, Syahirah Mohd, Zaki dinobatkan peserta perempuan terbaik kem itu.

Menurut Azizan, bimbingan yang diberikan kepada murid pada kem itu tidak hanya berakhir di situ sebaliknya rutin dan aktiviti sepanjang kem diteruskan oleh peserta di rumah.

“Setiap peserta diberikan buku log yang mencatatkan aktiviti bacaan Al-Quran, solat dan qiamualail yang diamalkan bermula di Darul Quran dan seterusnya bersambung di rumah selepas tamat kem,” katanya.

Sementara itu, menurut Nordin, pihaknya menghargai inisiatif pihak Utusan Malaysia dalam menjayakan penganjuran Kem Remaja Generasi Al-Quran demi memartabatkan penguasaan bidang Al-Quran dalam kalangan generasi muda.

Menurutnya, usaha tersebut penting dilakukan secara berterusan oleh semua pihak dan tidak semata-mata institusi agama demi memastikan matlamat memperkasakan bidang Al-Quran mencapai objektifnya.

“Atas sebab itu, kita mahu ibu bapa memainkan peranan mereka menjayakan matlamat ini dan bagi tujuan itu juga, kita mengedarkan buku log kepada setiap peserta bagi membolehkan aktiviti di kem akan sama diamalkan di rumah,” katanya.