Pengetua SMK Sungai Besi, Zainudin Mohamad berkata, penganjuran bengkel PLC kali pertama ini merupakan pendekatan baharu kepada guru-guru Bahasa Melayu dalam kemahiran membina karangan.

“Diharapkan semua guru memahami dan menguasai konsep pelaksanaan teknik mengajar karangan Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mudah selain dapat meningkatkan nilai-nilai keperibadian dan tahap profesionalisme mereka,’’ kata beliau ketika ditemui dalam bengkel itu di sekolahnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bengkel inisiatif Panitia Bahasa Melayu SMK sungai Besi ini disertai 70 guru Bahasa Melayu dari 16 buah sekolah sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Dalam bengkel itu, peserta didedahkan dengan pengetahuan membina karangan oleh tokoh guru cemerlang subjek Bahasa Melayu, Nora Markom.