Ketua penganjur, Rashidah Borhanudin berkata, peserta dibimbing untuk menghasilkan video pendek berdurasi tiga minit bertemakan sambutan Hari Guru secara sistematik dan profesional.

“Bermula dengan proses pe­ngumpulan idea, pelajar kemudiannya dilatih menggunakan perisian membuat video yang melibatkan teknik suntingan, kesan khas dan kesan bunyi,” jelas penuntut Sarjana Pendidikan Khas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam satu kenya­taan menerusi e-mel baru-baru ini.

Bengkel yang berlangsung di Bilik Teknologi Maklumat dan Komunikasi SMK Taman Melawati itu anjuran Fakulti Pendidikan UKM, PPKI SMK Taman Melawati dan Kolej Vokasional Gombak.

Dua tenaga pengajar bengkel yang disertai 11 murid PPKI itu merupakan guru Kolej Vokasional Gombak, Cikgu Siti Suraya dan Cikgu Nabila.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Taman Melawati, Cikgu Zamri berpendapat, bengkel ini membantu pelajar PPKI memperoleh pelbagai ilmu dan kemahiran dalam aspek pembikinan video.

“Malah, ternyata mereka juga dapat memanfaatkan teknologi dalam penghasilan video,” katanya.