Penganjur program tersebut, Mohamad Zuhaizam Kamaruddin berkata, aktiviti tahunan itu telah masuk kali kesembilan diadakan sejak dimulakan pada tahun 2010.

Tambah Mohamad Zuhaizam, selain untuk mengeratkan lagi hubungan antara kalangan bekas pelajar, program sehari yang dijalankan secara santai itu juga bertujuan untuk mewujudkan satu hubungan yang berterusan antara bekas pelajar dan sekolah berkenaan.

“Alhamdulilah, setiap tahun kita dapat anjurkan program pertemuan bekas Semarak ini dengan tema-tema dan pendekatan berbeza dengan kali ini kita ketengahkan tema kegemilangan akademik.

“Ini kerana kami mahu pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah ini juga turut mendapat manfaat dan imput berguna hasil daripada majlis pertemuan yang kami anjurkan setiap tahun,’’ katanya ketika ditemui di sekolah tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, pada program kali ini majoriti yang hadir pada program itu ialah bekas Semarak sesi tahun 1991, guru-guru serta 250 pelajar sekolah berkenaan termasuk yang tinggal di asrama. - UTUSAN ONLINE