Asrama yang akan menempatkan kira-kira 200 pelajar itu kini dipasang sebuah tangki pengumpulan dan penapisan air hujan dengan kapasiti 2,000 liter untuk menuai dan merawat sumber air berkenaan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, air hujan yang siap diproses itu kemudiannya bukan sahaja boleh digunakan untuk pembersihan diri dan penyiraman landskap, malah untuk tujuan berwuduk.

“Untuk perancangan jangka panjang, projek SPAH ini boleh dikembangkan untuk tujuan pembersihan tandas di asrama itu melalui penggunaan air hujan yang tidak dirawat,” katanya selepas merasmikan SPAH di Bangunan Asrama PKAYIL di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Datuk Ir. Azuhan Mohamed. - UTUSAN ONLINE