Auni Afifah Musa, 12, berkata, dia tidak menyangka dapat melepasi pusingan zon Cheras kerana saingan sengit daripada peserta lain.

“Masa di peringkat zon, saya mendapat naib johan dan berharap dapat melakukan lebih baik di peringkat daerah nanti.

“Walaupun ada sedikit gugup dan gementar, namun saya yakin usaha berterusan dapat membuahkan hasil,” katanya ketika ditemui Utusan Online di sini hari ini.

Acara hafazan dinilai mengikut suara, kelancaran, lagu dan tajwid. Peserta perlu melengkapkan tingkatan suara dan lagu dalam masa lapan minit.

MTQ merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan dipertandingkan dari peringkat zon sehingga kebangsaan.-UTUSAN ONLINE