Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Artis ternama model contoh pelajar Universiti SEGI

SEGI TENGAH
NAIB Canselor SEGI, Prof. Dr. Patrick Kee Peng Kong (dua dari kanan) ketika sesi pelancaran studio terbaharu Fakulti Komunikasi Media di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Universiti SEGI memilih 17 selebriti tempatan sebagai model contoh kepada pelajar Fakulti Komunikasi Media universiti tersebut.

Antara artis tersebut ialah Naddy Rahman, Azura Zainal, Syifa Melvin, Pushpa Narayan, Sarah Lian, Aanantha, Razif Hashim, Shazzy Falak, Siti Saleha, Sharifah Amani, Caprice, Aiman Tino dan Fattah Amin.

Naib Canselor SEGI, Prof. Dr. Patrick Kee Peng Kong berkata, pemilihan artis terbabit dibuat berdasarkan kejayaan mereka di dalam industri hiburan tempatan dan luar negara.

Katanya, imej bersih yang dibawa kesemua artis itu juga membolehkan mereka menjadi idola kerana mereka akan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pelajar di kampus.

“Mereka antara artis yang mampu memberi impak positif kepada pelajar-pelajar kita selain memberi galakan dan motivasi untuk mereka lebih semangat mewarnai industri media di tanah air kita.” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan studio terbaharu universiti itu di sini hari ini.

Tambah Peng Kong, pihaknya tidak keberatan untuk menawarkan biasiswa kepada mana-mana artis berkenaan yang berhajat untuk melanjutkan pelajaran di universiti itu.

Menurutnya, adalah satu penghormatan kepada mereka sekiranya artis tersebut menuntut di universiti itu selain mampu menggalakkan lebih ramai pelajar lepasan sekolah menyertai universiti terkemuka itu.

“Kami tidak ada sebarang masalah untuk menyediakan biasiswa kepada selebriti ini sekiranya mereka berhajat untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang dan peringkat pendidikan,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai perancangan masa hadapan, Pee Kong berkata, pengurusan tertinggi sedang merangka srategi bagi menyediakan manual pendidikan bagi peringkat Doktor Falsafah dalam bidang komunikasi media.

“Kemungkinan dalam tahun hadapan kita akan buka pendaftaran bagi peringkat doktor falsah di universiti ini bagaimanapun pihak kami perlulah meneyediakan manual pendidikan yang berkesan bagi memastikan mengikut piawaian Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain