Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Anak penoreh getah dapat PNGK 4.0

Hon Yuen Teng 2
Hon Yuen Teng

BENTONG 28 Feb. – Akibat ke­sem­pitan hidup, seorang anak penoreh getah, Hon Yuen Teng, 20, terpaksa melupakan hasrat melanjutkan pelajaran ke universiti dua tahun lalu meskipun mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dengan keazaman untuk mengubah nasib keluarga, Yuen Teng yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari di sini.

Namun keputusan dibuat Yuen Teng dari Kampung Ulu Perting di sini itu berbaloi apabila dia mendapat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini.

Yuen Teng mendapat A dalam empat mata pelajaran iaitu Pengajian Am, Ekonomi, Pengajian Perniagaan dan Bahasa Cina.

Menurutnya, kesusahan dan kemiskinan hidup tidak pernah menjadi halangan kepadanya un­tuk berjaya dalam pelajaran, sebaliknya menjadi pendorong untuk berusaha keras.

“Tiada rahsia kejayaan cuma saya memberikan tumpuan dan belajar tujuh hari seminggu untuk berjaya dalam peperiksaan,” katanya.

Dalam pada itu, Najwa Nazirah Jamaludin, 20, berkata, dia membuat keputusan mengambil STPM bagi membolehkannya mendapatkan sekeping ijazah dengan lebih cepat.

Katanya, dengan mendapat ke­putusan PNGK 3.67, dia amat berharap dapat melanjutkan pengajian dalam peringkat ijazah pertama di universiti awam.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain