Pelajar itu, Muhammad Hafizuddin Mohd Norwawi, 18, yang mendapat 9A+ dalam peperiksaan itu berkata, prinsip dirinya adalah hanya dengan pelajaran mampu mengubah nasib keluarga ke arah lebih baik.

“Saya dilahirkan dalam keluarga yang tidak bekermampuan, bapa saya, Mohd Norwawi Awang, 49, hanya bekerja sebagai buruh di kilang kayu bagi menyara saya lima beradik.

“Azam saya sebagai abang sulung adalah berjaya dalam pelajaran dan memperoleh pekerjaan yang baik di masa hadapan, “ katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman keputusan SPM 2018 di SMSTMFP di sini hari ini.

Muhammad Hafizuddin berkata, dia hanya memperoleh 7A 2A- dalam peperiksaan namun berusaha bangkit untuk lebih berjaya pada peperiksaan sebenar.

“Saya tidak sangka akan mendapat 9A+ dalam SPM, azam saya tercapai. Saya hanya fokus dengan apa yang diajar oleh cikgu di dalam kelas.

“Saya amat bersyukur dengan kejayaan ini, terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang sentiasa memberi nasihat untuk terus capai azam ubah nasib keluarga, “ ujarnya. - UTUSAN ONLINE