Annis Hizani Badrul Hisham

Pelajar terbabit, Annis Hizani Badrul Hisham (gambar), 21, yang merupakan anak kedua kepada Zanifah Md. Nor, 49, yang pernah bertugas sebagai wartawan Meja Kota itu menerima anugerah ber­kenaan dengan keputusan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 3.54 serta berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta piala serta sijil.

Ketika ditemui selepas istiadat itu, Annis Hizani meng­anggap kejayaan itu sebagai hadiah istimewanya kepada keluarga serta tenaga pensyarah PSIS yang banyak memberi peluang dan dorongan untuknya berjaya dalam bidang yang diminatinya itu.

Graduan Diploma Pengurusan Hotel dan Katering itu mengakui dia tetap fokus terhadap akademik walaupun dia aktif dalam organisasi pelajar dan penglibatannya dalam menyertai pertandingan di bidang masakan.

“Saya korbankan waktu tidur untuk ulang kaji pelajaran yang tertinggal jika saya terlibat dalam mana-mana pertandingan masakan terutama ketika saya berada di semester akhir.

“Selain itu, saya juga harus bijak bahagikan masa di antara akademik dengan menjalankan tanggungjawab saya sebagai Naib Yang Dipertua 1 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSIS ini,” katanya di sini sambil ditemani Zanifah dan bapanya, Badrul Hisham Abdul Rahman.