Hujan melanda sejurus masuk waktu maghrib, namun selepas ia reda kita-kira 30 minit kemudian ribut pula memukul khemah-khemah didiami jemaah.

Bekalan elektrik di khemah-khemah terputus termasuk di surau yang disediakan.

Jemaah yang ketika itu sedang menunaikan solat maghrib dan isyak jamak tamam berimam bersolat di dalam gelap.

Ketika berita ini ditulis pada pukul 8.04 malam, ribut masih belum reda.