Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jemaah meninggal dunia waktu solat Subuh di masjid

Masjid Muhibuddin Sungai Pasir.
Jenazah Mansor Bidon di letakan di ruangan Masjid Muhibuddin Sungai Pasir.

SUNGAI PETANI 13 Sept - Seorang warga emas Mansor Bidon, 72, dari Kampung Baru dekat sini meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menunaikan solat Subuh di Masjid Muhibuddin Sungai Pasir di sini pagi tadi.

Mansor dikatakan rebah ketika imam masjid itu, Ali Ahmad bersama jemaah lain menunaikan solat kira-kira pukul 6 pagi.

Anak lelakinya, Mahizaar Mansor, 41, berkata, dia begitu terkejut bila mengetahui bapanya meninggal dunia dalam kawasan masjid berkenaan.

"Sebaik mengetahui bapa jatuh di situ, saya terus bergegas ke masjid dan mendapati dia pun meninggal dunia," katanya di sini hari ini.

Seorang jemaah, Rosedi Ismail, 57, berkata, dia sempat bersembang dengan Mansor sebelum sembahyang subuh bersama jemaah yang lain.

"Sebaik sahaja jemaah selesai sahaja solat, kami lihat Mansor  rebah.

"Ramai yang terkejut bila melihatnya dan ramai jemaah mengangkatnya dan letak di satu tempat sebelum urusan pengkebumian dilakukan kira-kira pukul 11 pagi ini," katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain