Pengarah Pengajian MTD, Razmi Abdul Razak berkata, pengisian berbentuk kerohanian itu sesuai dengan tarikh sambutan Hari Guru yang jatuh pada bulan Ramadan tahun ini.

“Peluang bersolat berjemaah ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar, kakitangan MTD dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Sambutan Ha­ri Guru MTD di­sambut dengan semangat kesyu­kuran dan keberkatan sempena kehadiran bulan Ramadan,” katanya.

Perasmian sambutan Hari Guru MTD disempurnakan Komandan MTD, Brigedier Jeneral Mohd. Shahada Ismail.

Acara kemuncak sambutan Hari Guru MTD adalah jamuan makan malam yang dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan pelajar MTD.

Menurut Razmi, sempena sam­butan hari keramat itu, guru perlu melihat kembali pencapaian ma­sing-masing serta peranan mereka sepanjang memikul tanggungjawab sebagai pendidik.

“Sesungguhnya, tanggungjawab untuk melahirkan generasi pelajar yang berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang dalam kehidupa merupakan suatu tugas yang sangat berat dan guru memikul amanah yang sangat besar dalam memastikan matlamat yang dihasratkan ini menjadi kenyata­an,’’ tegasnya.

Razmi berkata, beliau berbangga kerana guru telah memainkan pe­ranan dalam merealisasikan pendidikan bertaraf dunia, bukan sahaja menekankan aspek akademik dan kokurikulum malah turut berusaha membangunkan modal insan dengan memberi tumpuan terhadap sistem nilai iaitu aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar.