Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, langkah itu sebagai menyahut seruan Menteri Pendidikan,

Dr. Maszlee Malik yang mahu universiti awam menempatkan Sasterawan Negara di pusat pengajian tinggi bagi menghargai sumbangan golongan berkenaan.

A. Samad Said
A. Samad Said 

Katanya, pelantikan itu sekali gus membolehkan perkongsian ilmu dan menyebar luas karya-karya beliau kepada pelajar dan masyarakat di samping membantu usaha UniSZA dalam terus memartabatkan bidang sastera negara.

"Saya telah menyampaikan hasrat UniSZA dalam pertemuan dengan A. Samad semalam dan beliau menzahirkan persetujuan dengan tawaran UniSZA di bawah program penempatan Sasterawan Negara ini.

"Saya percaya para Sasterawan Negara wajar diberi kedudukan yang tinggi sebagai tanda menghargai sumbangan mereka dalam memartabatkan sastera negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dr. Hassan Basri, UniSZA juga akan mewujudkan Galeri Pak Samad yang bakal memuatkan kesemua karya dan dokumentasi beliau termasuk yang telah dijadikan drama atau filem.

Malah, katanya, A. Samad juga bersetuju untuk menyumbangkan bahan-bahan dan hasil tulisan berharga beliau untuk disimpan di galeri berkenaan bagi tatapan generasi generasi muda.

Katanya, satu surat rasmi mengenai pelantikan itu akan diserahkan kepada A. Samad dalam satu program khas di universiti itu pada 9 Mac ini. - UTUSAN ONLINE