Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

68 peroleh PNGK 4.0 di Perak

IPOH 28 Feb. – Sebanyak 68 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 negeri ini memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Mohd. Rosli Ahmad berkata, jumlah tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 0.45 peratus berban­ding tahun lalu dengan bilangan calon cemerlang sebanyak 49 orang.

“Seramai 1,618 calon pula memperoleh PNGK antara 3.0 ke 4.0 berbanding 1,335 orang pada tahun lalu.

“Secara keseluruhannya, sukacita saya mengumumkan bahawa prestasi negeri Perak dalam peperiksaan STPM 2016 berbanding 2015 telah meningkat dari segi kualiti Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu dari 2.63 kepada 2.74,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Rosli berkata, sebanyak 45 buah sekolah menunjukkan peningkatan GPS sementara 18 lagi me­ngalami penurunan berbanding tahun lalu.

“Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tsung Wah, Kuala Kangsar berjaya mencapai GPS tertinggi negeri sementara SMK Sam Tet pula mencapai bilangan peningkatan calon memperoleh PNGK 4.0 tertinggi iaitu seba­nyak 12 orang.

“Sementara itu, SMK Dato' Ahmad, Lenggong pula mencatatkan lonjakan GPS tertinggi berbanding tahun lalu iaitu pe­ningkatan dari 1.93 kepada 2.65,” katanya.

Sebanyak 4,133 calon sekolah kerajaan menduduki STPM 2016 di 64 buah pusat peperiksaan di negeri ini pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain