Yang turut hadir, Pegawai PPD Melaka Tengah, Abdul Halim Abdul Malek dan Setiausaha Agung Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Abu Bakar Abdul.

Pada majlis itu, setiap penerima anugerah mendapat insentif akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) bernilai RM1,000.

Mohd. Ali dalam ucapan perasmiannya meminta semua pendidik, kakitangan pelaksana dan warga PPD dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik mereka bagi memastikan bidang pendidikan dapat terus diperkasa. - UTUSAN ONLINE