Sumbangan itu bagi menyo­kong latihan dan persediaan pa­sukan Malaysia untuk menyertai IMO yang disertai pelajar berkebolehan menyelesaikan masalah matematik dari seluruh dunia.

Enam pelajar yang terpilih melalui pertandingan yang disertai lebih 10,000 pelajar seluruh negara ialah Ivan Chan Kai Chin, 19 (Kolej Inti); Sean Gee Zhing, 19 (Sekolah Tinggi Mela­ka); Muhammad Hafizudeen Mohamad Saman, 18 (Universiti Taylor’s); Yeoh Zi Siong, 17 (Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling); Tan Li Xuan, 16 (SMK Bandar Utama Damansara) dan Tristan Chang, 15 (Sekolah Tinggi Kuen Cheng).

Malaysia mula menyertai IMO pada 1995 dan sehingga kini te­lah menghantar 23 penyertaan.

Secara terkumpul, negara kita memenangi tiga emas, 11 perak, 21 gangsa dan 29 anugerah khas.

Pada tahun lalu, Malaysia berada pada kedudukan ke-37 melonjak dari tangga ke-56 pada tahun 2016.