Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Dr. Mohd. Kassim Ibrahim berkata, daripada 6,610 calon layak mendapat sijil, seramai 39 pelajar mendapat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00. 

“Seramau 98.55 peratus orang calon berjaya mendapat lulus penuh berbanding hanya 98.16 peratus pads tahun lalu.

“Calon lulus 5P seramai 216 orang meningkat sebanyak 0.79 berbanding tahun lalu hanya 158 pelajar sahaja,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pengumuman Keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan di sini hari ini. 

Yang turut hadir Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Bad Hamid Musli. - UTUSAN ONLINE