Sepanjang tempoh tersebut, mereka mengambil bahagian dalam lima acara lasak dan mencabar yang dilangsungkan iaitu Relay Run, Dancerobik, Orienteering, dualthon dan jalan lasak.

Majlis perasmian penutup KKEC telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Aminuddin Harun di kampus UiTM Seremban di sini malam ini.

Aminuddin dalam ucapannya pada majlis itu berkata, penyertaan para pelajar berkenaan dalam acara lasak seperti itu mampu membentuk individu yang cergas mental dan fizikal.

Katanya, aktiviti itu memupuk disiplin sama ada secara individu atau berpasukan.

“Ini sangat penting dalam usaha melahirkan individu berkualiti yang bakal menjadi pemimpin pada masa depan,” katanya.

Sempena acara penutup itu, Aminuddin turut menyampaikan hadiah kepada johan keseluruhan yang diraih pasukan dari UiTM Pulau Pinang manakala tempat kedua oleh UiTM Kuala Pilah dan tempat ketiga UiTM Seremban. - UTUSAN ONLINE