Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mat Lazim Idris berkata, jumlah itu menurun 0.26 peratus berbanding 68 orang pada tahun 2016.

Menurutnya, seramai 1,546 calon pula mendapat PNGK antara 3.0 ke 4.0, meningkat kepada 41.19 peratus berbanding keputusan pada tahun 2016.

“Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sam Tet, Ipoh mencatat jumlah calon yang meraih PNGK 4.0 paling ramai iaitu lapan orang.

“SMK Huan Lian, Taiping mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi iaitu 3.42 sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Shahriman, Beruas mencatat lonjakan

GPS tertinggi daripada 2.67 pada 2016 kepada 3.17 tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Seramai 3,753 calon sekolah kerajaan menduduki peperiksaan STPM tahun lalu melibatkan 58 pusat peperiksaan di seluruh negeri. - UTUSAN ONLINE