Freida Mohd. Pilus
FREIDA MOHD. PILUS

Pengasas Sekolah Cempaka, Datuk Freida Mohd. Pilus berkata, program yang turut melibatkan enam keluarga di kawasan sekitar bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar mengenai cara hidup di samping mempelajari budaya sosial di kampung berkenaan.

“Saya mahu pelajar menghayati pengalaman menjalani kehidupan di kampung dengan menyertai aktiviti harian keluarga angkat seperti menjala ikan, menganyam tikar, membuat kuih tradisional dan sebagainya.

“Memandangkan pelajar Sekolah Cempaka terdiri daripada berbilang kaum, maka ada antara mereka yang pertama kali me-nimba pengalaman seperti itu sekali gus menghargai pendedahan yang diperoleh,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Freida, program dua hari satu malam itu merupakan aktiviti dwitahunan Sekolah Cempaka yang dikhususkan kepada pelajar tingkatan satu hingga lima.

Katanya, keramahan ma­sya­rakat di Kampung Sungai Buloh menjadi faktor daerah Jelebu menjadi pilihan bagi menjayakan program berkenaan dan bercadang mahu meneruskan kerjasama erat diantara pihak sekolah dan kampung.

Freida memberi­tahu, pihaknya akan terus merancang program susulan bagi me­­mastikan pro­gram anak angkat di kampung terpilih di seluruh negara da­­pat dilaksanakan sete­rusnya mengekalkan silaturahim bersama penduduk kampung.

“Kita bercadang meneruskan program anak angkat di Kedah pada bulan September ini memandangkan telah mendapat jemputan dari jawatankuasa sebuah kampung di sana.

“Saya harap akan ada lebih banyak pihak yang akan tampil menyokong program ini dalam usaha memberi pendedahan kepada pelajar terutamanya yang menetap di bandar untuk merasai kehidupan di desa,” katanya.