Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, dalam tempoh itu seramai 54,253 petugas peperiksaan yang dilantik akan membantu memastikan UPSR berjalan lancar di semua 8,100 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Daripada 440,743 calon itu, seramai 430,031 orang merupakan calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala seramai 10,712 orang lagi adalah calon sekolah swasta,” jelas kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE