Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

30 tahun berkhidmat, Cikgu Yahaya hanya 'MC' 11 hari

Cikgu Yahaya
TAN Sri Yahaya Ibrahim atau mesra dengan panggilan Cikgu Yahya menunjukkan bukunya 'Yahya Ibrahim; Ikon Pendidikan Negara' yang dilancarkan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan sultan Idris (UPSI) hari ini. Cikgu Yahya mengabdikan dirinya dalam kerjaya keguruan dan bidang pendidikan selama 30 tahun. Yahaya Ibrahim adalah antara pelajar dari Malaya yang mengikuti latihan perguruan di Kirkby College pada Tahun 1952. -BERNAMA

TANJONG MALIM 3 Sept. - Hanya 11 hari cuti sakit sepanjang 33 tahun berkhidmat sebagai guru. Sukar dibayangkan, namun itulah realiti pengorbanan sebenar Tan Sri Yahaya Ibrahim demi anak didiknya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Yahaya dalam kalangan pendidik, berkata sikap malas termasuk ponteng kerja bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama malah mampu memberi kesan kepada pelajar.

"Kita seronok boleh ponteng kerja. Kita perlu ikut ajaran agama (Islam), malah apabila bulan puasa, agama tak suruh kita berhenti kerja dan perlu bekerja macam biasa.

"Orang sekarang ini apabila hari Isnin atau Jumaat, ambil MC (cuti sakit) ... apa akan jadi pada negara dan anak cucu pada masa akan datang (jika bersikap sedemikian), ketika itu kita tidak mampu melindungi dan menjaga mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku 'Yahya Ibrahim; Ikon Pendidikan Negara' yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini hari ini.

Berkongsi rahsia kesihatannya, ikon pendidikan negara yang berumur 88 tahun itu berkata, beliau mengamalkan cara hidup sihat dengan berjalan secara perlahan selama 25 minit dan melakukan senaman fizikal selama 15 minit setiap pagi.

Selain itu, Yahaya juga menitikberatkan soal keagamaan dan sentiasa menghargai kurniaan Allah serta berikhtiar membaiki segala kelemahan diri.

Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 18 Feb 1929, Yahaya yang merupakan lepasan Kirkby College memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan pada 1954 dan terus aktif sehingga hari ini dengan melibatkan diri dalam dunia pendidikan swasta serta pendidikan tinggi.-BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain