Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad berkata, pihaknya yang merupakan tuan rumah karnival itu menyasarkan kehadiran pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, diploma dan ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai universiti serta peluang melanjutkan pelajaran. 


“Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan iaitu pameran pendidikan, seminar kemasukan pelajar, kaunter Unit Pusat Universiti (UPU) Online, pameran produk penyelidikan, gerai jualan dan persembahan kebudayaan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup KPTN 2017 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching di USIM di sini hari ini. 


Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi kementerian itu, Datin Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.


KPTN 2017 yang bermula sejak Februari lalu telah dianjurkan di enam zon di seluruh negara dengan zon terakhir di USIM. - UTUSAN ONLINE