Keputusan itu diumumkan Timbalan Pengarah Pendidikan negeri Mohd. Jamil Mohamed di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin di sini hari ini.

Selain itu 16 buah sekolah juga mencatatkan keputusan 100 peratus dalam STPM dengan SMJK Jit Sin muncul sekolah terbaik.

“Sebanyak 34 calon mendapat keputisan 5P dengan peratusan sebanyak 1.75 peratus manakala 1,434 calon lagi memperoleh keputusan 4P.

“PNGK negeri tahun lalu juga mencatatkan peningkatan iaitu 2.81 berbanding 2.76 pada 2016 dan 2.74 pada tahun sebelumnya,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE