Penyampaian cek tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama di Klana Resort di sini.

Menurut Mohamad, pada tahun ini seramai 37 graduan cemerlang telah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman pendidikan kepada Yayasan Negeri Sembilan yang melibatkan jumlah keseluruhan RM507,330.

“Dari tahun 2010 hingga 2016, seramai 182 peminjam telah mendapat pengecualian tersebut dengan jumlah pinjaman lebih RM2 juta,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri, Shamsulkahar Mohd. Deli; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia Dan Sukan negeri, Datuk Zaifulbahri Idris dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Mat Ali Hassan.

Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama diperkenalkan oleh kerajaan negeri pada tahun 2006 bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada graduan cemerlang pada setiap tahun. - UTUSAN ONLINE