Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Jamil Mohamed berkata, daripada jumlah itu, 280 berdaftar sebagai calon swasta di lapan buah pusat peperiksaan.

"Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) memiliki jumlah calon tertinggi iaitu seramai 5,436 orang manakala daerah Seberang Perai Selatan (SPS) memiliki calon terendah iaitu hanya seramai 2,171 orang," katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika mengadakan tinjauan peperiksaan tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor di sini, hari ini.

Peperiksaan berkenaan bermula sejak 20 September lalu dan akan berakhir pada Khamis ini.-UTUSAN ONLINE