Meskipun telah diberi pendekatan baharu namun UPSR masih menjadi tumpuan utama
oleh pihak sekolah dan masyarakat sebagai peperiksaan yang akan menentukan
sekolah-sekolah kategori mana calon-calonnya kelak akan berada di peringkat menengah.

Calon-calon bagi tahun ini menduduki UPSR di 364 pusat peperiksaan yang
dikendalikan oleh seramai  2,644 petugas melibatkan penyelia kawasan,  ketua pengawas,
timbalan ketua pengawas, pengawas peperiksaan dan pengemas bilik.

Sementara itu, Menteri Besar, Dr.  Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini turut membuat  tinjauan
di  Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 dan SK Sultan Sulaiman
11 di sini untuk bertemu dan memberi semangat kepada para calon.

Seramai 141 calon menduduki UPSR di SK Sultan Sulaiman II dan seramai 198 calon di SK
Sultan  Sulaiman 1.

Sementara itu, ibu bapa juga tidak ketinggalan turut menghantar anak-anak mereka di
samping memberi kata-kata semangat sebagai suntikan akhir sebelum menduduki
peperiksaan.

Dan pihak sekolah pula mengadakan majlis ringkas pagi tadi dimulakan dengan bacaan yasin sebelum murid-murid melangkah masuk ke dewan peperiksaan.- UTUSAN ONLINE