Pertandingan yang berlangsung di Taman Litar Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Kelantan, Abdul Rahman Yunus.

Abdul Rahman berkata, program yang menjadi acara tahunan MKJR ini juga mendapat kerjasama daripada beberapa agensi lain antaranya Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) ; Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Yayasan Islam Kelantan (YIK).

“Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar berhubung kepentingan keselamatan di jalan raya yang terbahagi kepada beberapa aspek seperti ujian bertulis; pejalan kaki; penunggang motosikal dan pemandu kereta.

“Seramai 323 murid dan 57 guru pengiring dari 19 buah sekolah yang terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK); Sekolah Kebangsaan(SK) serta Sekolah Agama di bawah Yayasan Islam Kelantan berentap dalam beberapa acara yang dipertandingan bermula semalam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha (MKJR) negeri Kelantan, Ahmad Adlee Yasin.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata,

kali terakhir pertandingan ini diadakan adalah pada Ogos 2015 dan tidak berjaya dilaksanakan pada tahun lalu setelah penarikan diri salah satu penaja utama pertandingan.

“Tahun ini kita berjaya melaksanakan program ini dengan kerjasama beberpaa pihak dan kita berharap agar dapat meneruskan pertandingan ini bagi setiap tahun pada masa akan datang,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE