Program anjuran Pelitawanis TNB Kebangsaan dengan kerjasama Pelitawanis TNB (PTNB) Cawangan Janamanjung dan TNB Janamanjung Sdn. Bhd. (TNBJ) itu merupakan program kali ke-10 dengan penyertaan paling ramai sejak ia diadakan.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pengarah Urusan TNBJ, Datuk Shamsul Ahmad; Timbalan Yang Dipertua 1 Pelitawanis TNB Kebangsaan; Datin Siti Laila Sri Asih S. Garieb dan Pengerusi PTNB Cawangan Janamanjung, Datin Sharifah Mohd. Yusof.

Objektif program ‘Better Brighter’ ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta program yang terdiri daripada anak-anak anggota kerja TNB dan pelajar di sekolah-sekolah berdekatan mengenai operasi penjanaan elektrik di stesen janakuasa TNB serta peluang-peluang pekerjaan yang terdapat di TNB.

Sebanyak enam cawangan Pelitawanis menghantar peserta iaitu Cawangan Janamanjung, Seri Manjung; Teluk Intan, Bidor, Ipoh dan Cawangan Jor.

Pihak stesen TNB Janamanjung menjemput para pelajar dari Kolej Vokasional Manjung, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seri Kamaruddin, SMK Seri Manjung dan SMK Ahmad Boestamam.

PARA pelajar yang menyertai program 'Better Brighter' di TNB Janamanjung di Lumut hari ini.
PARA pelajar yang menyertai program 'Better Brighter' di TNB Janamanjung di Lumut hari ini. 

Para peserta diberikan taklimat keselamatan dan taklimat operasi stesen sebelum dibawa melawat ke beberapa lokasi di sekitar stesen.

Turut diadakan ialah kuiz dan sesi ramah mesra diantara peserta dengan barisan panel yang terdiri daripada Shamsul, Siti Laila, Sharifah dan Ketua Biro Pendidikan Pelitawanis TNB Kebangsaan, Noor Aini Mustafa.

Para peserta turut menerima sijil dan cenderahati. - UTUSAN ONLINE