Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, siri seminar SPM merupakan usaha berte­rusan bagi melengkapkan persediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM pada November nanti.

“Semua peserta bagi setiap sesi seminar yang dijalankan telah menunjukkan minat, semangat dan komitmen yang tinggi.

“YPC berharap setiap seminar yang dilaksanakan akan menjadi pemangkin kepada semua pelajar mencapai kejayaan cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Seminar dengan kerjasama Pe­jabat Pelajaran Wilayah Persekutuan melibatkan kawasan Bangsar, Pudu, Kuala Lumpur ini menjurus subjek teras dan elektif seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Sains, Matematik, Ekonomi Asas, Perdagangan serta Prinsip Akaun.

Peserta seminar dibimbing oleh guru Jurulatih Utama mengikut subjek masing-masing.

Selain teknik menjawab soalan yang memenuhi kehendak skema pemarkahan, seminar turut memberi fokus aplikasi konsep kemahiran berfikir aras tinggi dalam setiap jawapan.