Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari berkata, Gred Purata Negeri mencatatkan 2.77 mengatasi Gred Purata Nasional sebanyak 0.25  iaitu 2.52.

“Tahun 2017 mencatat seramai 547 calon iaitu 42.01 peratus memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke atas berbanding 501 calon iaitu 38.93 peratus pada tahun 2016.

“Dari segi kualiti, calon yang memperoleh PNGK 4.00 ialah seramai 19 orang calon,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan STPM negeri di Jabatan Pendidikan negeri di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE