Daripada jumlah tersebut, seramai 572 orang merupakan graduan lelaki manakala 541 orang pula graduan wa­nita.

Pada konvokesyen tersebut, turut diraikan adalah lima graduan orang kurang upaya (OKU), tujuh graduan Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (Perhebat) dan tiga graduan berumur lebih 45 tahun.

Graduan daripada Sijil Teknologi Maklumat paling ramai diraikan dalam konvoke­syen tersebut iaitu seramai 178 orang selain 17 graduan Diploma in Patisserie.

Majlis Konvokesyen tersebut disempurnakan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Profesor Datuk Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan negeri, Dr. Abdul Aziz Bari dan Pengarah Bahagian Peperiksaan dan Penilaian Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Rosli Idris.

Dalam majlis tersebut, Anu­gerah Ketua Pengarah Kolej Komuniti diberikan kepada Mohd. Najib Fahmi Ahmad Sabri yang merupakan pelajar Sijil Teknologi Maklumat dari Kolej Komuniti Gerik.

Anugerah Usahawan Kolej Komuniti yang dinilai berdasarkan pencapaian pendapatan bulanan yang cemerlang dalam bidang perniagaan diberikan kepada pelajar Sijil Terapi Spa dan Kecantikan dari Kolej Komuniti Taiping iaitu Nurazreen Afiqa Salmi.

Turut diraikan adalah 37 pelajar cemerlang selain anugerah secara anumerta kepada Muhammad Nizar Mustafa Kama dari Kolej Komuniti Pasir Salak yang meninggal dunia akibat kemalangan.