Guru Besar SK Mentuan, Che Sazali Che Ibrahim berkata, tujuan program adalah untuk memupuk budaya ilmu serta menjalin ukhuwah antara sekolah dan ibu bapa.


“Kita mahu memasyarakatkan sekolah serta memupuk kerjasama antara guru dan ibu bapa.


“Ibu bapa mungkin hanya menghantar anak datang dan balik dari sekolah sahaja tanpa mengetahui apa yang berlaku sepanjang hari dalam pagar sekolah.


“Ramai tidak tahu bahawa ada guru berada di sekolah sehingga malam untuk mendidik anak-anak termasuk mengadakan kelas tambahan,” katanya di Karnival Akademik dan Bacathon 2017 SK Mentuan di sekolah itu di sini hari ini.


Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Abdul Aziz Ab. Latif.


Yang turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Mentuan, Mohd Aziz Che Hamid.


Pada program itu juga, ibu bapa telah menderma lebih 1,000 naskah bahan bacaan untuk Pusat Sumber Sekolah. - UTUSAN ONLINE