Najib Asaddok ambil tindakan terhadap provokasi melampau - Utusan Malaysia

Najib Asaddok ambil tindakan terhadap provokasi melampau

NAJIB Asaddok dan M. Reza Hassan bercakap dalam sidang akhbar di Shah Alam, kelmarin. – MINGGUAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penceramah pembimbing pemasaran dalam talian, Mohd. Najib Asaddok mahu mengambil tindakan saman terhadap provokasi melampau
yang dicetuskan terhadapnya oleh pengguna aplikasi sosial TikTok, @ farqhan.com.

Menurut Najib Asaddok, insiden tersebut berlaku ketika beliau sedang menjalankan sesi perkongsian ilmu perniagaan secara siaran langsung di TikTok
pada 10 Ogos lalu.

“Lebih kurang pukul 3.58 petang pada hari yang sama, @farqhan.com telah memuat naik sebuah potongan kecil video sesi perkongsian saya yang berdurasi 2
minit 24 saat di akaunnya.

“Apa yang mengecewakan adalah video tersebut disunting dengan paparan komen berbentuk spekulasi dan provokasi sehingga mengakibatkan timbul persepsi
negatif terhadap saya,” katanya dalam satu sidang akhbar menjelaskan isu terbabit di pejabatnya di sini, kelmarin.

Tambah usahawan berusia 39 tahun itu, tindakan perundangan yang akan diambil adalah atas nasihat peguamnya, Datuk M. Reza Hassan yang menyarankan
tindakan tersebut dibuat terhadap pengguna media sosial terbabit.

Justeru, Najib Asaddok memaklumkan, beliau sudah membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di Johor pada 17 Ogos lalu
berhubung tindakan provokasi itu sebagai langkah awal.

Katanya lagi, beliau tiada masalah dengan sebarang teguran dan kritikan yang konstruktif diberikan oleh orang ramai terhadapnya.

Namun katanya, beliau tidak dapat bertoleransi dengan pihak yang melakukan tindakan provokasi melampau sehingga menjejaskan reputasinya.

“Saya sudah biasa dengan teguran dan kritikan orang ramai serta netizen bertahun-tahun lamanya berhubung perniagaan yang dijalankan.

“Namun kali ini, saya terpaksa mengambil tindakan perundangan bagi melindungi diri serta perniagaan,” tegasnya.

Menurutnya, beliau fokus membantu para peniaga online untuk menguasai pelanggan di media sosial dan menggandakan jualan mereka dengan strategi
serta teknik pendigitalan terkini dalam jualan yang akan mengubah 360 darjah kehidupan mereka.

“Sehingga kini saya bersama Team Momentum telah membantu seramai 73,140 peniaga online sepanjang tahun 2018 hingga 2021.

“Kami juga telah membimbing 638 peniaga secara dekat dalam program Platinum dan Ultimate Membership yang berjalan selama 12 bulan,” katanya.

Dalam pada itu, M. Reza memberitahu, beliau turut menerima sepucuk surat daripada peguam kepada @farqhan.com berhubung isu berkenaan dan sedang menelitinya sebelum mengambil tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya