Amanah kecewa penerbangan ke Pangkor ditangguh - Utusan Malaysia

Amanah kecewa penerbangan ke Pangkor ditangguh

Penerbangan pesawat ke Lapangan Terbang Pulau Pangkor dari Subang ditangguhkan. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Tiada lagi penerbangan dari Subang ke Pulau Pangkor apabila pengangkutan yang diperkenalkan pada 25 Januari didakwa kurang mendapat sambutan.

Pemeriksaan di laman web rasmi dan Facebook syarikat SKS Airways Sdn Bhd (SKS Airways)  mendapati penerbangan ke Pulau Pangkor tidak lagi ditawarkan sebaliknya hanya menawarkan penerbangan ke Pulau Tioman, Pahang dan Pulau Redang, Terengganu.

Sehubungan itu, Pemuda Amanah Perak tidak berpuas hati kerana penerbangan ke Pulau Pangkor dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) baru dilancarkan pada 25 Januari lalu.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak, Mohd Ikhmal Mohd Iskandar berkata, berdasarkan maklumat Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan SKS Airways, perkhidmatan penerbangan tersebut ditangguhkan sehingga Oktober ini akibat kekurangan permintaan.

“Situasi ini mendukacitakan kerana ketika ini negara sedang memasuki era endemik dengan industri pelancongan mahu berkembang semula setelah menguncup dua tahun akibat Covid-19.

“Justeru, Pemuda Amanah Perak menggesa kerajaan negeri melalui Tourism Perak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta SKS Airways mengadakan sesi promosi dalam meningkatkan semula permintaan agar perkhidmatan penerbangan ke Pangkor dari Subang boleh disambung semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, usaha itu sesuai dengan status  Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai apatah lagi Pulau Pangkor sudah memiliki Padang Terbang (Stolport) yang baru menerima kebenaran digunakan semula daripada Kementerian Pengangkutan.

Pada 25 Januari lalu,  akhbar ini melaporkan Lapangan Terbang Pangkor kembali beroperasi menerusi penerbangan syarikat penerbangan komersial tempatan terbaharu, SKS Airways, selepas lapan tahun tidak digunakan.

Syarikat itu menjadi syarikat  komersial tunggal yang menerbangkan pelancong dari LTSAAS ke pulau peranginan itu setiap hari bermula 26 Januari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya