Persidangan Parlimen perlu disegerakan - Utusan Malaysia

Persidangan Parlimen perlu disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Persidangan Parlimen harus diadakan segera  sebagai mekanisme semak dan imbang selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dalam satu kenyataan bersama berkata,  pengisytiharan  darurat juga tidak perlu dilaksanakan sebaliknya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) yang lebih ketat perlu dilaksanakan. 

Katanya, pendekatan government intervention dalam perintah  PKP dan darurat adalah dua perkara berbeza bagi menangani pandemik Covid-19.

” Kami selaku ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021  telah menyampaikan pandangan kepada jawatankuasa ini yang menyentuh pelbagai perihal Covid-19, vaksinasi, kematian harian, kemudahan hospital, keadaan ekonomi negara dan kesan kehidupan kepada rakyat.

” Setakat ini jawatankuasa ini masih belum memuktamadakan sebarang keputusan mengenai tempoh melanjutkan atau menamatkan darurat untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah,” katanya di sini hari ini.

Kenyataan tersebut ditandatangani Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Seri Saifuddin Nasution; Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook. 

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin memberi komitmen  bahawa Sidang Parlimen boleh diadakan dalam Fasa Ketiga  Strategi Pelan Pemulihan Negara iaitu sekitar September atau Oktober ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. 

Perdana Menteri berkata, ia adalah pendirian beliau dari awal bahawa sistem Demokrasi Berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, iaitu setelah kes-kes Covid-19 terkawal dan hampir mencapai imuniti berkelompok. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya