RAKAMAN video pergaduhan berdurasi 26 saat yang tular di laman sosial. - FB Arena Futsal Malaysia

apabila dua pasukan bergaduh sesama sendiri.

Dalam rakaman videp berdurasi 26 saat yang tular di laman sosial Facebook menyaksikan pergaduhan bukan sahaja membabitkan dua pasukan yang bertanding tetapi dipercayai penyokong juga terlibat, bagaimanapun punca insiden tersebut tidak diketahui.

Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia di ruangan komen yang ditinggalkan oleh orang ramai di Facebook Arena Futsal Malaysia mendapati mereka berasa kecewa dengan insiden tersebut.

“Main futsal pun gado...kuala,” kata pemilik akaun Faes Fadzil.

“Patutlah susah nak maju...sikit2 gaduh..hermmmmm,” kata Mie Zan. - UTUSAN ONLINE