Selepas tewas 0-1 kepada Kemboja pada aksi pertama, pasukan negara sekurang-kurangnya perlu meraih satu mata bagi membuka peluang layak ke peringkat separuh akhir.

“Tiada banyak perubahan. Satu kekalahan tidak bermakna kami perlu menukar sistem sedia ada. Kami hanya perlu membaik pulih kesukaran yang dihadapi ketika menentang Kemboja sebelum ini.

“Kami memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir. Saya tidak berasakan kami perlu bertahan dalam perlawanan ini kerana memerlukan jaringan untuk memenangi perlawanan ini,” katanya.

Sekiranya tewas dalam aksi menentang Indonesia, mungkin skuad negara boleh melupakan hasrat untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. - UTUSAN ONLINE