Dalam aksi yang berlangsung di Lingshui Culture and Sports Square itu, Iskandar dipaksa bekerja keras hingga ke set penentuan sebelum menang 14-21, 21-13, 21-9 bagi mendapatkan slot ke saingan lapan terbaik.

Keputusan itu menyaksikan dia akan berdepan cabaran pemain Taiwan, Yang Chih Chieh yang menundukkan pemain tuan rumah, Yu Jiahao 21-18, 14-21, 21-16.

Turut melangkah ke suku akhir ialah pasangan beregu lelaki, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen selepas menyingkirkan pasangan Taiwan, Lin Chia Yu-Yang Ming Tse dan akan berdepan cabaran pilihan kelima yang juga wakil tuan rumah, Di Zijian-Wang Chang.

Pasangan tuan rumah itu melangkah ke aksi lapan terbaik selepas menyingkirkan satu lagi pasangan negara, Choong Hon Jian-Man Wei Chong 21-14, 21-17.

Gandingan Tan Boon Heong-Kim Sa Rang juga mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan, Liu Wei Chen-Lu Chen 21-19, 21-19 dan akan berdepan cabaran Lee Jhe Huei-Yang Po-Hsuan yang menang 21-11, 21-17 ke atas pilihan ketujuh, Lin Shang Kai-Tseng Min Hao.-UTUSAN ONLINE