Aksi di Lingshui, Hainan itu menyaksikan pemain berusia 28 tahun itu tewas dalam aksi tiga set kepada wakil tuan rumah Liu Haichao 9-21, 22-20, 16-21.

Terdahulu, dalam aksi suku akhir yang berlangsung semalam, beregu lelaki profesional Chooi Kah Ming-Low Juan Shen gagal ke separuh akhir selepas tewas 14-21, 16-21 kepada pilihan kelima dan wakil tuan rumah, Di Zijian-Wang Chan.

Turut mengalami nasib sama apabila bekas pemain beregu kebangsaan, Tan Boon Heong, yang berpasangan dengan Kim Sa Rang, kalah kepada beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, 17-21, 21-16, 16-21 pada perlawanan suku akhir.-UTUSAN ONLINE