Persatuan Badminton Malaysia (BAM)dalam satu kenyataan memberitahu, hasil pemeriksaan terhadap pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu berjalan dengan baik namun dinasihatkan untuk tidak menyertai kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia 750 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati proses pemulihannya berjalan dengan baik tetapi disarankan untuk menarik diri bagi mengelakkan tekanan kepada dirinya.

“Peminat sukan badminton tanah air dimohon untuk memberikan ruang kepada jaguh negara itu bagi menjalani proses pemulihan.” katanya. - UTUSAN ONLINE