dan meresapi sanubari

menakluki kejernihan

sukma

 

setelah kita ditakdirkan

mengisih warna

duniawi

 

untuk melukis

untuk melukis kebesaran ukhrawi

dalam zuriat syahadah.

Dengan sarwa sifat

kita mengenal makrifat

mencicip cinta hakiki

setelah membuka pintu zikir

dan menguakkan jendela fikir

Tiada munajat yang tercicir

tiada doa yang mungkir.

Tidak semua insan

yang ditakdirkan bertuah

dan menjadi pilihan.

Tidak semua insan

yang menerima takdir

untuk berhijrah

dan mengubah ketentuan.

 

ABD. RAHIM OMAR
Sungai Petani, Kedah