Tidak ketinggalan, karya-karya yang dihantar untuk penyertaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) turut tidak ketinggalan menampilkan perbincangan seputar isu dunia digital, teknologi serta fenomena media sosial yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi muda kini.

Bagi seorang panel penilai HSKU, Abdullah Che Ya, karya bertema digital seharus­nya diterima baik kerana karya sebegitu membawa suara zaman generasi muda.

ABDULLAH CHE YA
ABDULLAH CHE YA 

Kata beliau yang merupakan pensyarah Pusat Kelesta­rian Warisan dan Kebitaraan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), jika pada era 50-an dan 60-an, karya sastera ketika itu banyak membicarakan isu membabitkan golongan petani dan masyarakat kampung kerana ia merupakan isu besar pada waktu itu.

“Berbeza de-
ngan sekarang, isu membabitkan masyarakat sudah semakin rencam. Ada pelbagai isu lagi yang harus ditonjolkan oleh pengarang seperti isu anak muda, belia dan politik.

“Bukanlah nak kata isu masyarakat sudah tidak diangkat, cuma isunya ba­nyak. Situasi zaman itu te­lah berubah, jadi pengarang juga harus berubah mengikut zamannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

HSKU merupakan acara tahunan anjuran Utusan Me­layu (M) Berhad bagi menghargai karya-karya sas­tera dalam genre sajak, cerpen, novel serta esei.