di tangan Tuhan

namun, bagaimana dengan

hukuman mati

yang masa dan harinya

diketahui

 

Ada yang mengatakan

ia melanggar ketentuan

namun, bagaimana jika

itu juga satu ketetapan

begitu ajalnya mengikut masa

tertangguh kalau tanpa izin-Nya

Memang tempat dan 
hari kematian

satu rahsia besar

lagi apa ingin dibantah

lagi apa mahu disanggah

 

Semua kehendak-Nya

tidak sesiapa bisa mengubah

tidak kita mampu menghalang

tercepat terlewat walaupun seketika

ajal pasti tiba

 

Yang wajar pada kita

tentulah siaga sentiasa

RAJA YUSOF ARIFFIN

Petaling Jaya