Nana yang popular dengan lagu Hantu atau Buaya itu meluahkan rasa bersyukur dan terima kasih atas penghormatan yg diberikan.

Seorang pelajar yang mengutamakan pengajian dari bidang nyanyian sepanjang tempoh pengajiannya memberitahu penat lelah dan usaha yang diusahakan selama ini berbaloi untuk dirinya.

Selepas habis pengajian beliau memberi tumpuan sepenuh masa dalam bidang nyanyian ini tidak menolak jika ada rezeki untuk sambung pelajaran dalam peringkat yang lebih tinggi.

Penyanyi kelahiran Sarawak ini akan melancarkan lagu single terbaru dalam masa terdekat dan akan terus membina kerjaya dalam bidang nyanyian. – UTUSAN ONLINE