reunion-jrn
BEKAS pelajar jurusan Kewartawanan Komunikasi Massa UiTM yang hadir pada jamuan makan malam di Shah Alam baru-baru ini.

Jamuan makan malam itu diadakan sempena 30 tahun kemasukan mereka ke UiTM bagi melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di dalam bidang Kewartawanan, Penerbitan, Penyiaran, Perhubungan Awam dan Pengiklanan.

Turut hadir ialah pensyarah yang pernah mengajar mereka iaitu antaranya Prof Dr. Azizul Halim Yahya, Prof Dato Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman, Prof Datuk Dr. Abdul Razak Mohaideen, Prof Dr. Kiranjit Kaur, Prof Dr. Adnan Hashim, Prof Dr. Halimaton Shaari, Prof Madya Jamaluddin Abdul Rashid, Dr. Rosni Jaafar, Dr. Iliyas Salleh, Kama Azman dan Monica C’hing.