Dihasilkan oleh DJ Fuzz, manakala liriknya ditulis sendiri Waris dan rakannya, Aziquebeats, karya berkenaan dihasilkan secara kolaborasi antara dua syarikat ternama iaitu KRU Music dan Mixology Music.

Selain Nora yang mahu membuktikan bakat nyanyiannya, Ini Lagi Boom juga buat pertama kali menampilkan Waris sebagai penyanyi, bukannya seorang rapper.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim berkata, industri muzik perlu sentiasa tampil dengan idea-idea segar dan menggalakkan kerjasama antara artis walaupun berbeza syarikat rakaman.

“Ini biasa dilakukan di negara-negara Barat dan kolaborasi secara perkongsian antara syarikat rakaman tempatan memang wajar dibudayakan di Malaysia untuk memberi variasi kepada peminat muzik tempatan,” kataya.

Sementara itu DJ Fuzz menambah, dia berharap kolaborasi seperti ini dapat memeriahkan lagi industri muzik negara yang kini kian progresif. - UTUSAN ONLINE